andaxie photo blog
andax
By: andaxie rockabilly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 4-Oct-2008 18:03 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidilfitri 2008

 
 
 
View all 5 photos...
Raya datang lagi. Kali ni seperti biasa aku beraya di Kluang. Dan selepas solat raya barula bertolak ke kampung diSegamat. Raya kali ini amat meriah sebab ada Family Day untuk mengeratkan persaudaraan sesama keluarga.


Wednesday, 25-Jun-2008 10:56 Email | Share | | Bookmark
Jin Notti in the making di THE SHIP BB KL

 
 
 
View all 12 photos...
2 minggu sebelum ni aku dah diajak oleh Encik Nizang untuk sama terlibat dalam pembikinan filem ni dan disuruh mencari beberapa orang lagi untuk turut serta dalam satu scene filem ini. Pagi ni aku bersama Nash telah pergi ke lokasi iaitu di The Ship BB untuk penggambaran. Kami bertolak dari KJ seawal 8 pagi. sebab kena ada kat sana jam 10 pagi..

sesampainya disana aku terus kontek Fael dan Nizang (dumdumtak) sebab diorang sepatutnya yang menjadi tonggak utama dalam scene tersebut iaitu sebagai band yang beraksi live didalam sebuah gig. selang beberapa minit barulah rakan2 lain tiba. Terdapat beberapa masalah apa bila berjumpa dengan pihak penerbit. DumDumTak akhirnya di gantikan dengan Stick No Bill. Dan kami juga sempat melihat skrip untuk filem itu bagi mengelakkan pihak komuniti punk disalah ertikan. Selepas makan dan diberi taklimat maka bermula lah sesi penggambaran.

Aku dah lah kaku bab macam ni.. nak berlakon. Tapi nak mencari pengalaman terpaksa lah buat jugak. Pedulilah apa orang nak cakap. Banyak yang aku pelajari dikala waktu itu ..
Jam 1 tghari kami berehat sampai pukul 2. Dan kami diberi makan. Alhamdulillah kebajikan kami terjaga. dan sambung semula pada pukul 2 dan tamat pada jam 5.30.
Setelah tamat adalah sesi yang dinantikan iaitu payment. haha walaupon tak seberapa tapi berbaloi.


Sunday, 30-Dec-2007 17:25 Email | Share | | Bookmark
The Liberals @ ROTTW Convention 2007

 
 
 
View all 12 photos...
Quote:
Konsert ini adalah sebagai satu bonus buat The Liberals kerana diajak beraksi sekali bersama - sama band besar seperti: y2k , meet uncle hussain, bunkface , black territory , sick society , seven collar t-shirt, aggrobeat, hujan , revenge , love me butch , bittersweet , the suspect , republic of brickfields , restraint , dll.. Bertempat di Perangsang Templer Golf Club , Rawang .


Slot The Liberals adalah selepas subuh hehe.. tak pernah bermain tatkala waktu orang tengah tidur. Sebelum main pun aku sendiri tertidur.. dan aku terjaga apabila Abby , Irwan dan Ari datang.. aku terus basuh muka dan pada masa itu The Expired tengah bermain. Selepas The Expired barulah giliran The Liberals. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. walaupun tak selancar yang disangkakan kerana volume mic diturunkan secara sengaja oleh sound engineer yang bertugas. Emm.. lantaklah.. Janji semua yang ada didepan kami terhibur dikala waktu subuh itu. Terima kasih kepada yang masih setia menunggu giliran kami pada pagi itu. Terima Kasih yang tak terhingga



Thursday, 19-Apr-2007 16:33 Email | Share | | Bookmark
NOFX LIVE in Kuala Lumpur

 
 
 
View all 17 photos...
NOFX datang menyerang di Ruums, Kuala Lumpur pada 19th April 2007. Dibawa oleh pihak FYI ke Malaysia dalam sesi tour mereka di Asia. Walaupun harga tiket yang mahal tapi tak dinafikan ramai juga yang datang. Bukan senang nak lihat band luar datang ke Malaysia. dan NOFX membuatkan ku teruja. Walaupun mahal tetap aku pergi dan sanggup aku mencari tiket.


Saturday, 24-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
we're under one family

 
 
 
View all 32 photos...
paul's place kuala lumpur, 24th september 2005.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net